PERHATIAN!!!

SELAMAT DATANG KE BLOG KUARTERS INSTITUSI PENDIDIKAN TROLAK UTARA

MPP KIPTU

SEKAPUR SIREH

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat Rasul junjungan akhiri zaman, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda.

Segala puji-pujian dipanjatkan kehadrat Ilahi atas kurnia dan keizinan Nya diberi kelapangan masa, kekuatan tenaga serta pencerahan akal dan minda untuk menyumbang sedikit usaha dan tenaga kepada KIP Trolak Utara.

Sesungguhnya saya bukanlah yang terbaik dikalangan warga KIP TU, saya yakin masih ada lagi dikalangan warga KIP TU yang berkebolehan dan berkemampuan untuk menyandang jawatan ini. Namun atas dasar kepercayaan dan rasa tanggungjawab untuk menyumbang usaha dan fikiran maka saya terima dengan hati terbuka.

Walau bagaimana pun, sebatang tiang takkan dapat ditegakkan sebuah rumah. Saya masih memerlukan tiang-tiang lain, dinding, tingkap dan bumbung untuk melengkapkan rumah yang baik. Justeru saya memohon kepada warga KIP TU untuk bersama-sama saya menghulurkan tenaga, pandangan dan sokongan demi memastikan kesejahteraan KIP TU berterusan. 

Tahniah kepada Ahli MPP KIP TU sesi 2011/2013 diatas perlantikan dan terima kasih diatas persetujuan menerima perlantikan dengan hati terbuka. Semoga sumbangan kita dengan ikhlas dan sukarela ini akan menjadi ladang amal dan membuahkan hasil yang ranum dan enak buat bekalan di hari kemudian dimana seluruh amal kita akan dihitung dan dihisab. Ameen ya Rabb.


Kepada seluruh warga KIP TU saya mohon kerjasama dan sokongan dalam semua aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan. Sebagai sebuah komuniti kecil maka siapa lagi yang akan mengurus tadbir, mewujudkan suasana harmoni dan sejahtera, menceriakan dan mewarnai KIP Trolak Utara kalau bukan kita warga KIP sendiri.

Maaf atas keterlanjuran, terima kasih atas sokongan.

MOHAMMAD ROSLI B. BAJURI

Majlis Permuafakatan Penduduk
Kuarters Institusi Pendidikan Trolak Utara
Sesi 2011/2013






Majlis Permuafakatan Penduduk
Kuarters Institusi Pendidikan Trolak Utara
Sesi 2011/2013


Pengerusi
EN. MOHAMMAD ROSLI B. BAJURI


Naib Pengerusi
EN. BAHARUDDIN B. MOHD KADIR

Setiausaha
EN. MOHD FIKRI B. MOHD SHAARI

Penolong Setiausaha
EN. ABDUL HALIM ZALMI B. KAMARAZAMAN

Bendahari
EN.NOORAZHARI B. HJ. MD. SHARAFI

Juru Audit Dalaman
EN. S. RAJARATNAM

Ketua Blok A
EN. MOHD SYAHREL B. ISMAIL

Ketua Blok B
EN. ABDUL WAHID B. MOHAMED RASHID

Ketua Blok C
EN. MUHAMMAD FAIZAR B. MAT ALI

Ketua Blok D
EN. FAZROL ASWAD B. CHE ME

Biro Surau
EN. MOHD FAUZI B. MD. TAHIR
EN. REDZUAN B. SHAARANI
EN. MOHD NASRI B. HJ. HASHIM

Biro Hal Ehwal Wanita
PN. ZAITY AKHTAR BT. DIN
CIK SITI NORHAYA BT. ZAKARIA
CIK HAZIMAH BT. HARUN
CIK ZAINOL AKMA BT. MAHMAD

Jawatankuasa Keselamatan
SJN ROSLI B. RAMLI
PENGAWAL KESELAMATAN

Jawatankuasa Kebersihan
PN. NORIZAN BT. JAAFAR
PEMBERSIH KAWASAN


*Perhatian kepada Barisan Kepimpinan MPP KIP TU, sila emailkan gambar berukuran kad pengenalan atau sebarang gambar yang bersesuaian ke kiptrolakutara@gmail.com dengan kadar segera. Terima kasih. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...